Spiral adalah “sekuel” kepada francais filem Saw. Filem ini ditulis, diterbit dan turut dilakonkan oleh pelawak terkenal Chris Rock. Chris memainkan watak detektif Zeke yang bekerjasama dengan William dan turut akan melibatkan bapa beliau Marcus lakonan Samuel L. Jackson.

Filem ini adalah filem Saw nafas baru dengan elemen komedi dari Chris Rock sambile mengekalkan elemen seram, ngeri, geli, seksa dan lain-lain lagi. Ini bermakna, walaupun ia berbeza dengan gaya filem asal, elemen asal akan dikekalkan cuma disampaikan dengan gaya penceritaan baru. Filem ini mengisahkan Zeke yang sedang menyiasat satu jenayah dan menemui petanda yang jenayah ini mungkin berkait dengan Saw. Senjata sama, patung baru, konsep jenayah sama dan menghantui setiap watak.

Adakah Zeke pembunuh ini dan bapa beliau Marcus selesaikan misteri ini. William rakan beliau mungkin menemui rahsia tetapi dibunuh Zeke.

James Wan sebagai pencipta francais Saw akan menjadi penerbit eksekutif dan Darren Lynn Bousman yang sebelum ini mengarah filem Saw ISaw III dan Saw IV akan kembali mengarah. Filem ini pada awalnya dijadualkan akan ditayangkan pada 15 Mei, tetapi kini telah ditunda kepada 21 Mei. Filem ini turut diacah akan ditayangkan di Malaysia, jika benar Spiral akan menjadi filem pertama dalam francais Saw memasuki Malaysia.

Sohor Kini