Skip to main content

HBO Max adalah platform penstriman tersendiri HBO di mana mempunyai pelbagai kandungan yang haknya dipegang oleh Warner Media. Seperti Apple TV+, Netflix, Amazon Prime Video – HBO Max turut mempunyai kandungan asli HBO Originals. Untuk pengguna di Malaysia, kita terhad dengan HBO GO Asia sahaja. Walaupun begitu beberapa kandungan HBO Max boleh sahaja ditonton.

Setakat ini terhad dengan Zack Snyder’s Justice League sahaja. Tetapi kelak, anda juga boleh tonton The Nevers. Siri TV ini berlaku pada zaman Victoria yang mana peristiwa aneh Touched telah menjangkiti wanita pada zaman ini. Setiap wanita kini mempunyai kuasa luar biasa. Seperti biasa, yang memiliki kuasa ini akan menggunakannya untuk kebaikan atau juga kejahatan. Siri TV ini akan memfokuskan kepada watak Amalia True dan Penance Adair.

Amalia dan Penance akan menjadi wirawati yang melindungi gadis-gadis anak yatim lain yang turut mempunyai kuasa ini. Tetapi mereka yang jahat menghalang dan dua wirawati ini mungkin tiada pilihan dengan terpaksa membunuh antara satu sama lain.

The Nevers menyertakan pelakon Laura Donnelly, Ann Skelly, includes Olivia Williams, James Norton, Tom Riley, Rochelle Neil, Eleanor Tomlinson, Amy Manson, Pip Torrens, Denis O’Hare, Zackary Momoh, Elizabeth Berrington, Kiran Sawar, Anna Devlin, Viola Prettejohn, Ella Smith, Nick Frost, dan Ben Chaplin.

Siri TV ini mempunyai enam episod sahaja. Di Malaysia, siri TV ini akan mula disiarkan pada 12 April 9 pagi di HBO Go Asia. Siri TV ini akan tamat pada 17 Mei juga pada 9 pagi.

Leave a Reply