HBO Max adalah platform penstriman video yang baru. Platform ini menawarkan kandungan dari HBO, Warner Bros., DC dan lain-lain yang IP dipegang oleh WarnerMedia. Seperti Netflix, HBO Max turut memofkuskan kepada kandungan asli yang eksklusif. Antara yang terkini adalah The Nevers. Ia adalah siri TV adiwira/wirawati memfokuskan wanita yang berlaku di zaman Victoria di London.

The Nevers berlaku di tahun akhir zaman Victoria bertempatkan di London. Satu agenda aneh yang digelar Touched telah menyerap ke dalam tubuh setiap wanita di zaman ini dan memberikan setiap orang satu kebolehan yang luar biasa. Ada yang baik ada yang ngeri. Ia juga memfokuskan kepada Amalia True iaitu seorang gadis misteri yang mempunyai kemahiran pertahan diri yang luar biasa dan Penance Adair seorang pencipta yang genius.

Berdasarkan video acah, orang ramai dilihat tidak boleh menerima para wanita ini mempunyai kebolehan dari Touched. Jadi, setiap wanita dilihat sedang melindungi diri dan mempertahankan hak masing-masing. Siri TV ini dihasilkan oleh Joss Whedon dan kemudian digantikan dengan Philippa Goslett. Ia turut menyertakan pelakon seperti Laura Donnelly, Ann Skelly, includes Olivia Williams, James Norton, Tom Riley, Rochelle Neil, Eleanor Tomlinson, Amy Manson, Pip Torrens, Denis O’Hare, Zackary Momoh, Elizabeth Berrington, Kiran Sawar, Anna Devlin, Viola Prettejohn, Ella Smith, Nick Frost, dan Ben Chaplin.

Buat masa ini HBO Max masih terhad di pasaran tertentu sahaja dan tidak disiarkan di HBO Go. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut.

Sohor Kini