Seminggu lalu, kami telah melaporkan bahawa filem anime Demon Slayer: Mugen Train telah mengumpul RM1.5 juta selepas seminggu ditayangkan di Malaysia, menjadikannya filem nombor satu di Malaysia pada minggu tersebut.
Terkini, GSC telah mengeluarkan sebuah lagi pengumuman yang mengatakan bahawa filem tersebut adalah filem nombor satu di pawagam untuk minggu kedua, dan setakat ini telah mengumpul sebanyak RM3.2 juta dalam kutipan tiket.
Keputusan GSC untuk membawa masuk filem ini membuahkan hasil yang cukup lumayan, dan nampaknya filem ini akan terus ditayangkan untuk seminggu dua lagi sekurang-kurangnya, jadi jika anda masih belum menontonnya, anda mungkin mahu melakukannya secepat yang mungkin.