Nintendo Switch ialah konsol permainan video paling laku pada tahun 2020 kerana wabak COVID-19 yang membelenggu dunia, dan juga pelancaran permainan Animal Crossing dimana beratus juta orang di seluruh dunia.

Untuk tahun fiskal akan datang, Nintendo menjangkakan bahawa mereka akan memecah rekod penjualan konsol dan perisian permainan yang tertinggi. Jika pada tahun 2020, Nintendo menjual 205 juta perisian permainan secara fizikal dan digital, Nintendo menjangkakan penjualan setinggi 250 juta unit permainan pada tahun ini.

Ramalan tinggi ini dibuaikan oleh ura-ura bahawa Nintendo bakal memperkenalkan konsol Nintendo Switch baru pada penghujung tahun ini, yang akan hadir dengan panel OLED bersaiz 7 inci dan mampu menggerakkan permainan pada resolusi 4K apabila dalam mod dok.

Unjuran ini cukup menarik apabila kita melihat bahawa industri teknologi sedang menghadapi isu kekurangan cip pemprosesan yang membelenggu pelbagai jenis peranti. Apabila Nintendo memperkenalkan model Switch baharu, ia tidak lagi akan menggunakan cip Tegra X1 kerana pengeluarannya sudahpun dihentikan oleh NVIDIA, jadi butiran mengenai komponen baru ini harus dikenalpasti dahulu sebelum kita boleh mengatakan bahawa Nintendo boleh mengatasi jumlah penjualan pada tahun lepas.

Sohor Kini