Skip to main content

Watch Dogs Legion, permainan penembak keluaran Ubisoft untuk platform konsol dan PC baru-baru ini hadir dengan mod multi-pemain untuk platform konsol-konsol. Untuk pemain pada platform PC, mereka nampaknya perlu menunggu lagi untuk mendapatkan mod atas talian yang akan diperkenalkan tidak lama lagi selepas ditunda.

Untuk pemain konsol, mod atas talian ini sudahpun tiba, walaupun untuk masa ini, mereka dihadkan untuk bermain bersama pemain di konsol yang sama.

Terkini, Ubisoft telah mengesahkan bahawa mod atas-talian Watch Dogs Legion akan menerima kemaskini rentas platform dan generasi di masa akan datang kelak.

Buat masa ini, Ubisoft masih tidak mengesahkan lagi bilakah kemaskini mod ini akan tiba, dan samada ia akan hadir untuk pengguna PC ataupun tidak. Akan tetapi, jika anda seorang pemain tegar Watch Dogs Legion dan mempunyai rakan yang bermain di pelbagai platform, pengumuman ini pastinya akan menggembirakan anda, dan lobi atas-talian permainan tersebut tidak akan hambar.

Leave a Reply