Skip to main content

Tahun ini, Netflix dan Capcom telah bekerjasama untuk hadir dengan sebuah siri animasi Resident Evil yang akan memfokuskan kepada watak Leon S. Kennedy dan Claire Redfield. Siri animasi ini diterbit oleh Hiroyuki Kobayashi yang terlibat dengan pelbagai projek Resident Evil sebelum ini. Animasi ini akan dihasilkan oleh TMS Entertainment iaitu studio di sebalik Lupin the 3rd dan Detective Conan dan animasi 3D CGI akan dihasilkan oleh Quebico dan Kei Miyamoto (Resident Evil: Vendetta).

Pelakon suara bagi Leon dan Claire adalah Nick Apostolides daqn Stephanie Panisello, iaitu pelakon suara yang sama dari permainan video Resident Evil 2 pada tahun 2019. Siri animasi ini berlaku pada tahun 2006, di mana Leon telah dijemput ke White House untuk menyiasat sesuatu. Claire pula sedang menyiasat di satu perkampungan di mana beliau menemui satu lukisan misteri. Sedang meminta bantuan dari White House, Leond an Claire bertemu dan mendapati lukisan itu ada kaitan dengan fail dan kes zombi.

Tarikh siaran dan butiran pelakon suara lain masih belum didedahkan lagi. Rekaan watak juga dilihat berlainan, jadi tidak pasti sama ada peminat boleh terima kerana permainan dan siri animasi suara sama tetapi rekaan lain. Apa-apa pun, sudah lama kita tidak lihat filem animasi Resident Evil dan siri TV ini pula adalah siri animasi pertama IP Capcom popular ini. Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply