Capcom dan Netflix ketika penstriman bersempena Tokyo Game Show telah mengumumkan siri Resident Evil: Infinite Darkness akan tiba pada tahun 2021. Anda boleh tonton video acah di bawah.
Siri ini akan memfokuskan kepada dua watak iaitu Leon S Kennedy dan Claire Redfield yang tampaknya hadir dengan rupa yang baharu. Maklumat lanjut mengenai penceritaan masih tidak diumumkan.
Hiroyuki Kobayashi dari Capcom akan menyelia penghasilan siri ini di mana ia diterbitkan oleh TMS Entertainment dan animasi dilakukan oleh Quebico yang bertanggungjawab untuk filem animasi Resident Evil: Vendetta.