Skip to main content

Pinocchio akan diadaptasi semula menjadi filem aksi nyata, seperti kebanyakan filem animasi klasik Disney. Berbeza dengan filem Mulan, atau Dumbo yang lebih ke arah serius dan tiada watak haiwan bercakap – filem Pinocchio mungkin akan mengikut konsep filem Aladdin kerana akan ada watak haiwan dan fantasi boleh bercakap.

Geppetto akan dilakonkan oleh Tom Hanks, Luke Evans sebagai The Coachman, Benjamin Evan Ainsworth suara Pinnochio, Cynthia Erivo sebagai Blue Fairy, Keegan-Michael Key sebagai Honest John dan Lorraine Bracco pula sebagai Sofi.a the Seagull. Filem ini akan diarahkan oleh Robert Zemeckis dan skrip oleh Chris Weitz.

Terkini, Joseph Gordon-Levitti dilaporkan akan berlakon sebagai Jiminy Cricket. Buat masa ini konsep filem, gaya penceritaan dan tema masih belum didedahkan. Tarikh siaran juga masih menjadi misteri. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai filem ini.

Leave a Reply