Musim adiwira bermula. Disney+ dengan WandaVision episod akhir dan Falcon and the Winter Soldier akan menyusul. HBO Max dengan Zack Snyder’s Justice League, Netflix dengan Jupiter’s Legacy dan banyak lagi. Akan datang pada bulan April, Netflix akan menyiarkan filem wirawati baharu memfokuskan dua wanita dan adalah filem komedi.

Filem ini adalah Thunder Force, di mana Melissa McCarthy (Lydia) dan Octavia Spencer (Emily) berlakon sebagai watak utama. Emily sudah berjaya dengan syarikat tersendiri dan Lydia boleh dikatakan mempunyai hidup yang hambar. Suatu hari, selepas sekian lama tidak bertemu Lydia bertemu dengan Emily di dalam satu makmal. Lydia dengan sifat lucu dan kekok secara tidak sengaja mengaktifkan prosedur menyuntik diri beliau dengan serum menjadi adiwira.

Secara kebetulan, hanya ada satu serum ini dan organisasi Emily terus menjadikan Lydia dan diri beliau sendiri sebagai pasangan rasmi adiwira. Emily kononnya sudah ada kuasa luar biasa, iaitu menjadi lutsinar sejak dari dulu lagi. Filem ini berlaku di dunia di mana penjahat semuanya mempunyai kuasa hebat.

Dalam video acah, saya boleh katakan konsep filem ini kelihatan klise. Tetapi gaya penceritaan dan penyampaian itu penting. Banyak aksi dan adegan lucu, serta ia kelihatan menarik untuk cuba tonton. Ia akan disiarkan di Netflix pada 9 April ini.

Filem ini turut menyertakan pelakon Bobby Cannavale, Pom Klementieff, Kevin, Dunn, Melissa Leo dan Jason Bateman. Ia ditulis dan diarahkan oleh Ben Falcone dan diterbitkan oleh Marc Platt, Adam Siegel dan juga Ben Falcone dan Melissa McCarthy sendiri.

Sohor Kini