Zynga ialah syarikat yang cukup popular untuk membangunkan permainan-permainan yang menggunakan pelayar web seperti Farmville dan Words with Friends dan mereka nampaknya bakal memasuki arena permainan komputer pula tidak lama lagi.

Ini adalah kerana mereka dilaporkan baru sahaja mengambil-alih Echtra Games, studio pembangun disebalik permainan RPG Torchlight 3 yang mengambil-alih pembangunan permainan tersebut daripada Runic Games.

Nilai pengambil-alihan studio tersebut tidak diberitahu, tetapi menurut CEO Zynga, Frank Gibeau, Echtra Games akan bekerjasama dengan sebuah lagi syarikat pembangun permainan, NaturalMotion untuk membangunkan sebuah lagi permainan RPG untuk pelbagai platform permainan.

Ia agak menarik untuk melihat Zynga cuba untuk mengeluarkan permainan yang tidak memerlukan pelayar web untuk menggerakkannya.

Sohor Kini