Mark Millar adalah penulis komik yang agak hebat. Beliau terkenal dengan beberapa komik Marvel, Kick-Ass dan juga Kingsman. Beliau juga merupakan penulis siri komik Jupiter’s Legacy. Ia adalah komik mengisahkan sudah sampai masanya adiwira generasi lama berhenti mempertahankan dunia. Kini tiba masa untuk generasi baharu, iaitu anak-anak mereka menjadi pelindung dunia.
Komik ini diambil inspirasi dari Star Wars, King Kong, mitologi Rom dan juga komik DC Golden Age of Comics. Terkini, Netflix bakal hadir dengan siri TV aksi nyata berdasarkan komik ini dengan judul yang sama. Siri TV ini akan memfokuskan kepada kekeluargaan, kesetiaan, yang mana akan berlaku dari zaman silam sehingga zaman sekarang. Tiada butiran lain yang dikongsi seperti watak yang akan disertakan, selain senarai pelakon iaitu Meg Steedle, Anna Akana, Tyrone Benskin, Jess Salgueiro, Chase Tang dan ramai lagi.
Siri TV ini akan disiarkan pada 7 Mei 2021. Nantikan berita lanjut mengenai siri TV ini di Aksiz.
[info] Tonton Di Sini [/info]