Perkhidmatan penstriman permainan Project xCloud yang ditawarkan melalui Xbox Game Pass oleh Microsoft hari ini menawarkan kualiti penstriman pada resolusi 720p yang boleh dikatakan cukup baik untuk peranti-peranti dengan skrin kecil.

Microsoft nampaknya sedar bahawa ada banyak permintaan untuk menstrim permainan-permainan komputer mereka melalui komputer dengan skrin besar juga. Oleh itu, ia telah dilaporkan bahawa mereka sedang menguji kualiti penstriman pada resolusi Full HD baru-baru ini.

Microsoft masih lagi sedang menggunakan platform Xbox One untuk perkhidmatan penstriman ini, dan tidak lama lagi, dijangka akan menggunakan infrastruktur penstriman berasaskan Xbox Series X supaya penstriman pada resolusi lebih tinggi boleh dilakukan.

Buat masa ini, ujian masih dilakukan pada skala kecil, dan ia tidak diketahui lagi bilakah xCloud akan mula menawarkan kualiti penstriman Full HD ini kepada orang ramai.

Sohor Kini