Harry Holland adalah adik kepada Tom Holland. Harry adalah seorang yang kreatif, yang mana turut mengarah beberapa filem pendek dan turut terlibat sebagai kru dalam filem Spider-Man: Far From Home.

Dalam filem lakonan terbaru Tom Holland, Cherry – Harry melakonkan watak sebagai seorang pengedar dadah. Dalam video terbaru The Tonight Show with Jimmy Fallon, Tom Holland mengesahkan yang mana-mana filem yang beliau berlakon – mereka akan cuba sertakan watak pengedar dadah lakonan Harry. Dalam filem Spider-Man: No Way Home – Harry akan kembali sebagai penagih dadah dan akan dihentikan oleh Spider-Man.

Adakah ini sebahagian dari rentas dunia Marvel? Atau hanya sekadar gurauan?

Sohor Kini