Walaupun kini Disney telah memiliki Hulu, dan banyak projek Marvel diumumkan untuk Disney+ – tidak bermakna projek Marvel yang sudah pun dalam pembangunan di Hulu dihentikan. Tahun 2019, Hulu mengumumkan lima animasi berdasarkan watak-watak dari komik Marvel.

Salah satu daripadanya adalah M.O.D.O.K, mengisahkan seorang penjahat yang berkepala besar dan berbadan kecil dengan masalah keluarga serta masalah organisasi penjahat beliau. Selepas dua tahun, akhirnya kita dapat lihat video acah siri animasi ini.

Berdasarkan treler, ia dilihat Hulu menggunakan gaya animasi seakan stop-motion dengan rekaan yang realistik. Ia adalah seperti animasi Lego Movie. M.O.D.O.K atau Mental Organism Designed Only for Killing adalah robot dengan minda manusia di dalamnya. Selepas bertahun gagak menakluk dunia, M.O.D.O.K mengetuai organisasi penjenayah A.I.M. Siri ini akan menceritakan perjalanan hidup beliau.

Suara watak utama adalah Patton Oswalt, yang mana adalah pelakon Eric Koenig dalam siri TV Marvel’s Agents of S.H.I.E.L.D. Turut menyertai beliau adalah Melissa Fumero, Aimee Garcia, Wendi McLendon-Covey, Ben Schwartz, Beck Bennett, Jon Daly dan Sam Richardson. Siri animasi ini turut dihasilkan dan diterbit oleh Patton Oswalt dan juga Jordan Blum.

Siri TV ini akan disiarkan secara eksklusif di Hulu bermula 21 Mac ini.

Sohor Kini