Skip to main content

Hulu adalah platform penstriman seperti Netflix, tetapi ia hanya terhad di Amerika Syarikat. Selepas banyak siri TV Marvel di Netflix dibatalkan, Hulu dilihat ingin mengambil peluang untuk turut hadir dengan siri TV Marvel tersendiri.

Tetapi, tidak seperti Netflix yang hadir dengan siri TV aksi-nyata – siri TV Marvel yang akan hadir ke Hulu adalah siri Animasi. Terdapat empat animasi yang telah Disney luluskan, iaitu;

  1. M.O.D.O.K – Mengisahkan seorang penjahat yang berkepala besar dan berbadan kecil dengan masalah keluarga serta masalah organisasi penjahat beliau.
  2. Hit Monkey – Kisah lucu seekor monyet Jepun yang dilatih oleh roh (hantu) seorang pembunuh upahan yang kemudiannya dituduh atas kesalahan yang tidak dilakukan. Kisah animasi ini penuh dengan pemandangan yang sinematik dan juga aksi ganas.
  3. Tigra & Dazzler Show – Mengisahkan dua adiwira wanita yang ingin dikenali ramai.
  4. Howard The Duck – Judulnya adalah nama watak utama, kisah seekor itik dengan rakannya Beverly yang ingin menentang Dr. Bong. Dr. Bong ingin jadikan Howard sebagai lauk Itik.
  5. The Offenders – Keempat-empat watak utama dari empat siri di atas bergabung dalam satu siri untuk menyelamatkan bumi.

Ini bukanlah kali pertama Hulu hadir dengan siri TV Marvel. Sebelum ini mereka telah pun hadir dengan Runaways yang kini sedang menanti musim ketiga. Tetapi menjadi persoalan adalah, adakah siri-siri animasi ini berada dalam dunia MCU (versi animasi) atau akan berada dalam dunia sendiri? Persoalan ini muncul kerana, Howard The Duck pernah muncul dalam Guardians of The Galaxy vol. 1.

Konsep animasi ini juga sama dengan siri TV Marvel di Netflix yang menggabungkan kesemua siri dalam satu khas. Tidak pasti bila animasi ini akan hadir ke Hulu. Tetapi kita mungkin akan ketahui lebih maklumat lebih lanjut.

Leave a Reply