Kena: Bridge Of Spirits ialah salah satu permainan eksklusif PlayStation yang diperkenalkan pada tahun lepas dimana ia nampaknya hadir dengan jalan cerita menarik dan rekaan grafik yang cukup ranggi.

Sewaktu acara State of Play yang berlangsung sebentar tadi, Sony telah memperlihatkan sebuah video baru yang memperlihatkan lebih banyak aspek mengenai permainan video ini, khususnya dari segi corak permainan.

Selamat dikatakan bahawa Kena: Bridge of Spirits ialah sebuah permainan aksi pengembaraan, dan didalam video ini, kita dapat melihat watak Kena bertarung dengan watak-watak bos jahat yang pada pendapat kami dilihat cukup mencabar.

Ember Labs, pembangun disebalik permainan ini mengatakan bahawa ia akan tiba pada 24 Ogos kelak untuk platform-platform Sony PlayStation 4, PlayStation 5 dan juga Epic Games Store untuk platform PC.