Acara State of Play yang baru sahaja berlangsung memperlihatkan sejumlah permainan PlayStation baru, dan yang akan menerima kemaskini PlayStation 5. Diantaranya ialah Crash Bandicoot 4: It’s About Time.

Melalui video yang diperlihatkan, permainan ini akan menerima sejumlah kemaskini untuk konsol tersebut. Ini termasuklah sokongan untuk resolusi 4K dengan kadar segar semula 60FPS, masa muatan yang lebih pendek, sokongan pemicu adaptif pada pengawal Sony DualSense melalui kebolehan pelbagai watak, dan sokongan audio 3D menggunakan fon kepala Sony yang menyokongnya.

Selain daripada itu, permainan ini juga akan hadir dengan sokongan untuk kad aktiviti untuk memudahkan anda menjejaki kemajuan anda didalam permainan ini.

Kemaskini untuk versi PlayStation 5 ialah percuma, dan anda juga boleh menggunakan fail simpanan data anda daripada konsol lama ke konsol baru ini tanpa masalah.

Kemaskini PlayStation 5 untuk Crash Bandicoot 4: It’s About Time akan tiba pada 12 Mac kelak.

Leave a Reply