Skip to main content

Sony Malaysia bakal membuka sebuah lagi sesi pra-tempahan untuk konsol permaina video terbaru mereka, iaitu Sony PlayStation 5 pada 3 Mac kelak.

Setelah membuka beberapa sesi pra-tempahan sebelum ini, Sony Malaysia nampaknya semakin pantas menerima bekalan stok baru untuk siri konsol ini.

Berita ini diumum melalui laman Facebook Sony Centre Sunway Pyramid, yang mengatakan bahawa pra-tempahan ini akan berlaku di platform Shopee pula pada 3 Mac 2020. Masa pembukaan pra-tempahan ini tidak diberitahu, tetapi jika sesi pra-tempahan sebelum ini ia dijangka bahawa pra-tempahan ini akan bermula pada 12 tengah malam pada hari tersebut.

Jika anda berminat untuk mendapatkan konsol ini, anda boleh menanda laman web produk PlayStation 5 di Shopee supaya anda tidak terlepas peluang untuk mendapatkannya. Sama seperti sebelum ini, Sony PlayStation 5 hadir dengan harga RM2299 dan RM1869 untuk versi tanpa pembaca cakera Blu-ray.

Leave a Reply