Pelanggan Berbayar Netflix Kini Mencecah Lebih 182 Juta

Netflix tidak dinafikan adalah perkhidmatan penstriman video yang popular. Ramai yang melanggan perkhidmatan ini untuk menonton pelbagai siri TV dan filem. Walau bagaimanapun, Netflix bukannya satu-satu platform penstriman video yang boleh dilanggan. Terdapat banyak platform lain yang menawarkan harga dan kandungan lebih menarik. Antaranya adalah Apple TV+, YouTube Premium, HBO Max yang baru sahaja mengumumkan tarikh operasi, Disney+, Amazon Prime Video dan banyak lagi.

Walaupun mempunyai banyak pesaing, Netflix masih mampu mempunyai ramai pelanggan setia. Baru-baru ini, Netflix telah mempunyai peningkatan pelanggan sebanyak 15.76 juta berbanding sasaran mereka 7 juta sahaja. Secara tidak langsung menjadikan jumlah pelanggan berbayar Netflix adalah sebanyak 182.86 juta. Peningkatan pelanggan ini turut disebabkan oleh penularan wabak koronavirus Covid-19. Pawagam semua tutup, jadi sumber hiburan lain adalah Netflix.

Sohor Kini