Skip to main content

Masalah terus membelenggu CD Projekt Red mengenai Cyberpunk 2077. Selepas pelancaran yang ditunda beberapa kali, masalah teknikal yang membelenggu permainan tersebut, dan kes godaman yang menyebabkan kod sumber Cyberpunk 2077 semuanya menjadikannya permainan yang agak “disumpah”.

Kes godaman tersebut nampaknya mengeruhkan keadaan di syarikat tersebut, kerana bukan sahaja kod sumber dan pelbagai maklumat rahsia syarikat tersebut tertiris, ia juga menyebabkan sistem rangkaian didalam syarikat tersebut kucar-kacir.

Cyberpunk 2077 sepatutnya hadir dengan kemaskini 1.2 pada bulan Februari baru-baru ini mengatakan bahawa akibat godaman tersebut, kemaskini tersebut akan ditunda untuk satu jangkamasa yang tidak diketahui.

Kemaskini tersebut sepatutnya memperbaiki sejumlah besar isu-isu grafik, kualiti permainan dan prestasi keseluruhan yang membuatkan Cyberpunk 2077 diantara permainan yang paling mengecewakan pada tahun lepas.

Leave a Reply