Skip to main content

Seperti yang sedia maklum, permainan olahan semula NieR Replicant ver.1.22474487139… bakal hadir untuk konsol permainan Sony PlayStation 4 pada 23 April kelak.

Pihak PlayStation baru-baru ini memperlihatkan video adegan pembukaan permainan tersebut yang memperlihatkan sejumlah penambahbaikan, khususnya dari segi pengolahan grafik, corak permainan dan juga kadar segar semula yang nampaknya lebih baik berbanding dengan versi sebelum ini.

NieR Replicant secara teknikalnya adalah sambungan kepada salah satu penghujung permainan video Drakengard dan boleh dikatakan prekuel kepada permainan video RPG popular NieR Automata. Sebelum ini, ia dilancarkan pada platform Sony PlayStation 3 bersama-sama dengan sebuah lagi permainan, iaitu NieR Gestalt.

Sama seperti permainan-permainan tersebut, NieR Replicant akan hadir dengan pelbagai penghujung berbeza yang bergantung kepada keputusan yang anda buat didalam permainan ini.

Leave a Reply