Skip to main content

Siri permainan simulasi perlumbaan Gran Turismo boleh dikatakan salah satu daripada tajuk permainan video paling penting untuk Sony PlayStation kerana ia biasanya dijadikan penanda-aras untuk kemampuan konsol-konsol generasi baru mereka.

Gran Turismo 7 sebelum ini dijangka tiba pada tahun 2021, akan tetapi wabak COVID-19 yang masih lagi membelenggu dunia memaksa Polyphony Digital menunda pelancaran permainan tersebut ke 2022.

Sebelum ini, Kazunori Yamauchi, pengarah permainan ini pernah berkata bahawa mereka akan cuba untuk mempercepatkan pembangunan Gran Turismo 7, akan tetapi nampaknya cita-cita tersebut tidak kesampaian.

Walaubagaimanapun, ini bukanlah sesuatu yang baru kerana pembangunan siri permainan Gran Turismo cukup terkenal dengan penundaannya dimana Polyphony Digital hanya akan mengeluarkan permainan apabila ia benar-benar bersedia untuk dimainkan.

Selain dimainkan oleh peminat-peminat siri permainan ini, ia juga digunakan sebagai simulasi perlumbaan oleh pelumba-pelumba kenderaan profesional di seluruh dunia.

Leave a Reply