Skip to main content

WandaVision semakin hampir ke penghujung musim, semakin gempak, hebat dan menarik. Marvel dan Disney membawakan pelbagai kejutan. Ada yang sangka perkara A patut berlaku dalam filem di masa hadapan, tetapi secara tiba-tiba ia dipertontonkan dalam salah satu episod.

WandaVision adalah siri TV MCU yang disiarkan secara eksklusif di Disney+. Siri TV ini berlaku sekitar tiga minggu selepas Avengers: Endgame, di mana Wanda telah mengubah realiti untuk meneruskan kehidupan kerana tidak tahan dengan kesedihan kematian Vision – kekasih hati beliau. Siri TV ini mempunyai 9 episod dan episod ke-7 baru sahaja disiarkan sebentar tadi.

Selama enam episod lepas, perkara klasik dalam sesebuah filem MCU tidak diperlihatkan. Iaitu adegan rahsia atau adegan tambahan di pertengahan kredit atau selepas kredit. Buat pertama kalinya dalam episod tujuh ini, ada adegan rahsia. Biasanya selepas satu episod tamat, akan terpapar PLEASE STAND BY dan kemudiannya DIRECTED BY MATT SHAKMAN. Sekitar 1 minit 47 saat selepas itu, anda boleh saksikan adegan rahsia yang pasti membuatkan anda terkejut.

Saya tidak akan beberkan dalam artikel ini apa yang berlaku. Tetapi, kebanyakan teori yang sudah tersebar di Internet atau jangkaan orang ramai – ternyata benar. Sama-sama kita nantikan.

[info] Baca Di Sini – Kenapa WandaVision Penting Untuk MCU Fasa Ke-4? [/info]

Leave a Reply