Square-Enix ialah syarikat pembangun permainan video yang tidak asing lagi namanya. mereka dikenali untuk permainan-permainan RPG seperti Final Fantasy, Dragon Quest, Octopath Traveler dan sebagainya.

Terkini, mereka telah mengacahkan sebuah projek permainan baru, berasaskan genre RPG strategi yang pada masa ini diberikan nama “Project Triangle Strategy”.

Kisah permainan ini memperlihatkan tiga watak dari tiga negara berbeza, dan bergantung kepada cabang dan keputusan yang anda pilih sepanjang permainan ini, jalan ceritanya juga akan berubah memperlihatkan akibat keputusan anda.

Daripada video acah yang dilihat, Project Triangle Strategy ini boleh dikatakan gabungan permainan RPG strategi terkenal seperti Fire Emblem 3 Houses dan Final Fantasy Tactics yang menggunakan enjin grafik sama yang diperlihatkan pada Octopath Traveler.

Menurut Square-Enix, Project Triangle Strategy akan tiba untuk konsol Nintendo Switch pada 2022 kelak, dimana tarikh pelancaran akan diumumkan apabila mereka sudah bersedia.

Buat masa ini, mereka yang berminat untuk mencuba permainan ini boleh memuat-turun demo permainan melalui Nintendo e-Shop bermula hari ini.

Sohor Kini