Skip to main content

Filem “The Suicide Squad” adalah soft reboot bagi filem “Suicide Squad” yang berlaku dalam dunia DCEU. Filem kedua ini diarahkan oleh James Gunn, yang mana semasa DC FanDome – video di sebalik tabir diperlihatkan. Filem ini membawa pelbagai watak penjahat yang menjadi “wira” dari pelbagai pelakon popular. Salah seorang pelakon dalam filem ini adalah John Cena, yang memainkan watak Peacemaker.

Peacemaker akan mempunyai siri TV sampingan, memfokuskan asal-usul watak ini. Ia akan disiarkan di HBO Max, kekal diarahkan oleh James Gunn dan membawakan pelakon seperti Danielle Brooks, Chris Conrad, Jennifer Holland, Steve Agee, Robert Patrick, dan Chukwudi Iwuji. Peacemaker akan menjadi siri TV pertama DC HBO Max, selepas bertahun fokus di The CW. Ia juga akan menjadi siri TV dengan bajet yang besar dengan kualiti seakan filem.

Terkini menurut laporan dari Variety, HBO Max telah menambah dua lagi pelakon baharu menyertai siri TV Peacemaker ini. Pelakon ini adalah Alison Araya dan Lenny Jacobson. Alison Araya sebelum ini pernah juga terlibat dengan siri TV DC, iaitu Arrow dalam dunia Arrowverse. Selain daripada itu, beliau juga oernah berlakon dalam siri TV The CW lain – Riverdale. Lenny Jacobson pula terkenal melalui siri TV Netflix Narcos: Mexico dan siri TV Apple TV+ For All Mankind.

Watak bagi kedua-dua pelakon ini masih belum didedahkan lagi buat masa ini. Ini adalah kali pertama DC akan hadir dengan siri TV berasaskan komik berskala besar. Harapnya ia akan memuaskan hati orang ramai.

Leave a Reply