Future State: Wonder Woman adalah komik baharu DC yang memfokuskan Yara Flor, iaitu watak baharu untuk Wonder Girl. Komik ini adalah untuk peminat dunia komik DC baharu. Yara adalah seorang gadis Amerika Latin berdarah Amazon dan Dewa Sungai Brazil.

Komik baharu ini pada awalnya disahkan akan diadaptasi menjadi siri TV aksi nyata The CW. The CW akan hadir dengan siri TV berjudul “Wonder Girlyang akan menceritakan asal usul Yara Flor dan perubahan menjadi Wonder Woman dalam dunia DC (Wonder Woman versi Arrowverse?).

Skrip siri TV ini ditulis oleh Dailyn Rodriguez, yang mana dikatakan sudah pun siap. Tetapi nampaknya, Warner Bros. tidak memberikan kelulusan untuk meneruskan siri TV ini. Secara tidak langsung, siri TV Wonder Girl dibatalkan. Berkemungkinan besar, watak ini juga tidak akan diperkenalkan.

Tidak pasti jika siri TV ini akan diteruskan ke platform lain seperti HBO Max. Tetapi antara sebab siri TV ini tidak diteruskan mungkin kerana watak ini pun masih baru lagi dalam komik. Jadi mungkin masih tidak sesuai untuk diteruskan ke versi aksi nyata. Mungkin Warner Bros. khuatir jalan cerita akan bercanggah?

Buat masa ini, jika anda ingin saksikan aksi Wonder Girl – anda boleh saksikan dalam siri TV Titans. Di mana Wonder Girl dalam siri TV ini adalah versi Donna Troy. Walaupun beliau mati dalam musim kedua, Conor Leslie disahkan akan kembali memainkan watak ini dalam musim ketiga. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini