Skip to main content

Tahun hadapan, DC akan hadir dengan komik Wonder Woman baharu yang digelar sebagai Future State: Wonder Woman. Siri komik ini dihasilkan agar peminat DC baharu dapat mengikuti kesinambungan dunia-dunia DC dengan lebih mudah. Watak dalam komik ini adalah Yara Flor, iaitu gadis Amerika Latin yang mempunyai darah Amazon dan juga Dewa Sungai Brazil. Menyedari yang beliau mempunyai kuasa hebat, Yara menggunakan kuasa ini untuk menentang kejahatan.

Menurut Deadline, The CW akan hadir dengan siri TV berjudul “Wonder Girl”. Siri TV ini akan menceritakan asal usul Yara Flor yang mana akan berubah menjadi Wonder Woman baharu di dalam dunia komik DC. Disebabkan ini adalah siri TV dari The CW, Greg Berlanti akan menjadi penerbut eksekutif. Bersama-sama dengan beliau adalah Sarah Schechter, David Madden dan juga Dailyn Rodriguez.

Wonder Girl akan menyertai siri TV Arrowverse yang lain seperti Batwoman, DC’s Legends of Tomorrow, The Flash, Superman and LoisSupergirl dan Black Lightning.

Leave a Reply