Captain Marvel adalah filem wirawati pertama Marvel untuk MCU. Filem pertama berlaku pada tahun 90-an, dan filem sekuel dikatakan akan berlaku pada tahun terkini (dunia MCU selepas Endgame adalah sekitar 2025). Semasa Hari Pelabur Disney, Kevin Feigi mengumumkan yang pelakon siri TV Ms. Marvel – Iman Vellani akan berganding bahu dengan Captain Marvel sebagai Ms. Marvel. Teyonah Parris yang kini sedang berlakon dalam WandaVision turut akan berlakon sebagai Monica Rambeau.

Monica Rambeau mungkin akan menjadi Captain Marvel baharu atau Photon, kerana kuasa beliau yang dilihat mula menjadi dalam WandaVision. Terkini, musuh dalam filem ini dikhabarkan akan dilakonkan oleh Zawe Ashton, iaitu Josephina dalam filem Velvet Buzzsaw. Watak masih tidak diketahui, sama ada utama atau penampilan khas sahaja. Filem Captain Marvel 2 akan diarahkan oleh Nia DaCosta, iaitu pengarah filem olahan semula Candyman.
Filem ini pula ditulis oleh penulis WandaVision, Megan McDonnell. Filem ini dijadualkan untuk ditayangkan pada 11 November 2022. Sama-sama kita nantikan berita lanjut mengenai filem ini.