WandaVision adalah siri TV MCU pertama dalam MCU Fasa keempat, yang berlaku sekitar tiga minggu selepas Avengers: Endgame. Ia memfokuskan kepada watak Wanda yang cuba teruskan kehidupan selepas kekasih beliau Vision mati. Wanda mencipta realiti sendiri untuk membahagiakan diri dan mengasingkan diri dari dunia.
[/info] Baca Kenapa WandaVision Penting Dalam MCU Fasa Ke-4 [/info]Terkini, Funko turut akan hadir dengan figura-figura bertemakan watak-watak dari siri TV ini. Antara figura yang akan ditawarkan adalah inpirasi dari episod 6 WandaVision, di mana Wanda dan Vision memakai kostum klasik daripada komik, Billy, Tommy dan Pietro juga dengan kostum yang amat dikenali ramai.
Selain daripada itu, Funko turut menawarkan figura Vision berwarna krom yang bertemakan sitkom 50-an pada episod awal yang disiarkan dalam warna hitam dan putih. Tetapi figura ini tidak dijual dan hanya sebagai hadiah kepada pemenang bertuah. Kesemua figura ini akan ditawarkan pada bulan Mac di laman web rasmi Funko. Setiap figura ini juga adalah edisi khas, yang mana akan dijual pada kuantiti terhad.