Game Science Interactive Technology, syarikat pembangun disebalik permainan Black Myth: Wukong yang memperlihatkan video dalam permainan di acara E3 pada tahun lepas telah mengeluarkan sebuah lagi video hari ini.

Video ini adalah sebuah lagi video dalam permainan yang memperlihatkan watak Sunwukong ini menentang musuh. Menariknya, kebanyakan musuh didalam ini adalah berdasarkan tikus, dan musuh terakhir ialah watak gergai berdasarkan seekor lembu.

Video yang dipertontonkan ini adalah sebuah video pendek untuk menyambut pertukaran tahun daripada tahun tikus ke tahun lembu didalam kalendar bulan Cina.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah permainan Black Myth: Wukong ini akan siap dibangunkan, tetapi Game Science Interactive mengatakan bahawa pembangunan permainan ini masih lagi sedang diteruskan, dan mereka masih sedang mencari pembangun untuk membangunkan permainan ini.

Sohor Kini