Skip to main content

Epic Games Store boleh dikatakan diantara gedung permainan digital yang paling murah hati di pasaran sekarang, kerana meereka sering menawarkan permainan-permainan percuma di platform mereka, seperti Metro: Last Light Redux sekarang.

Epic Games Store hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara Spring Showcase bermula 11 Februari ini, dan mereka nampaknya akan memperlihatkan sejumlah permainan eksklusif yang akan tiba ke platform tersebut dalam masa terdekat ini.

Epic Games akan menayangkan sejumlah video acah baru melalui Twitch, dimana nampaknya kebanyakannya adalah permainan eksklusif untuk platform tersebut.

Selain daripada itu, Epic Games juga akan menawarkan sejumlah diskaun untuk permainan-permainan mereka pada hari yang sama.

Permainan-permainan ini termasuk Cyberpunk 2077, Assassin’s Creed: Valhalla, Immortals Fenyx Rising, Red Dead Redemption 2, Hades dan sebagainya.

Leave a Reply