Valve baru-baru ini dilaporkan telah memperkenalkan perisian klien Steam khas untuk rakyat di negara China yang hadir dengan sejumlah kecil permainan yang boleh dibeli dan dimuat-turun oleh pemain di negara tersebut.

Secara teknikalnya, versi global Steam sudahpun boleh diakses oleh rakyat China sejak 2018, tetapi sehingga kini, terdapat risiko bahawa perisian tersebut boleh diharamkan penggunaannya pada bila-bila masa sahaja.

Buat masa ini, perisian Steam untuk pasaran China hadir dengan sekitar 40 permainan yang boleh dibeli dan dimuat-turun, termasuklah DoTA 2, Counter-Strike GO dan sebagainya.

Menurut jurucakap Valve, permainan-permainan yang mahu ditawarkan melalui perisian ini akan perlu melalui proses pengesahan daripada badan kerajaan China.

Steam untuk pasaran China juga mempunyai pautannya tersendiri, yang boleh diakses di sini.

Sohor Kini