505 Games dan Digital Continue telah melancarkan kemaskini percuma untuk permainan Drawn to Life: Two Realms. Ia menyertakan pelbagai kandungan tambahan untuk kesemua platform permainan ini tiba iaitu Switch, PC, iOS dan Android.

Berikut adalah antara kandungan yang tiba;

  • Kawalan Skrin Sesentuh Untuk Draw Tool (hanya di Nintendo Switch)
  • 20 pelekat tambahan
  • 15 template tambahan
  • 10 setem tambahan
  • 10 peringkat cabaran baharu

Drawn to Life: Two Realms merupakan permainan susulan untuk permainan yang tiba di Nintendo DS beberapa tahun yang lepas. Kami sebelum ini ada mengeluarkan ulasan untuknya di mana walaupun ia mempunyai platformer yang menarik akan tetapi penceritaan sedikit perlahan. Anda boleh baca ulasan penuh di pautan ini; Ulasan Drawn To Life: Two Realms – Sekuel Yang Agak ‘Kecil’ Untuk Siri Nostalgia.

Sohor Kini