Pada penghujung tahun lepas, kami ada melaporkan bahawa Netflix akan memperkenalkan sejumlah siri animasi mereka sendiri, menggunakan francais seperti Pacific Rim dan juga Altered Carbon.

Hari ini, Netflix telah mengesahkan bahawa siri animasi Pacific Rim: The Black akan tiba di Netflix pada 4 Mac 2021 melalui sebuah video acah yang baru sahaja dikeluarkan.

Berdasarkan video acah yang diperlihatkan, jalan cerita siri animasi ini berttempat di Australia, dimana dua adik-beradik dilihat mengendali sebuah robot Jaeger yang terbiar. Setakat ini, ia masih tidak diketahui lagi jika penceritaannya adalah sebelum ataupun selepas dua filem Pacific Rim.

Sohor Kini