Skip to main content

Hideaki Anno adalah pencipta Neon Genesis Evangelion, iaitu siri anime yang amat popular. Tahun 2019 beliau dilaporkan akan bekerjasama dengan Shinji Higuchi unruk filem Ultraman baharu. Sebelum ini mereka pernah bekerjasama untuk filem Shin Godzilla pada tahun 2016, yang mana dikenali sebagai Godzilla Resurgence untuk pasaran global.

https://youtu.be/SK5yejcKCis

Akhirnya selepas sekian lama menanti, treler pertama diterbitkan di YouTube. Filem ini adalah filem asal-usul yang berlaku di dalam dunia tersendiri berasingan dengan francais Ultraman yang lain. Dalam video acah tanpa dialog ini, raksasa Neronga dan Gabora dari siri TV tahun 1966 kembali menyebabkan huru-hara. Tema filem ini dilihat serius dan matang seakan Shin Godzilla.

Turut kelihatan dalam video adalah Investigative Report on Giant Humanoid Organism Ultraman (Code Name), di mana mengesahkan yang ini adalah filem asal-usul. Rekaan Uttraman juga dilihat menggunakan rekaan yang mirip dengan rekaan asli. Filem ini dikatakan akan tiba pada musim panas dan tidak pasti lagi sama ada ia akan dipasarkan secara global ataupun tidak. Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply