Informasi Permainan Video Terkini
Filem Shin Ultraman Diumumkan Akan Tiba Pada Tahun 2021 – Menerima Sentuhan Hideaki Anno

Filem Shin Ultraman Diumumkan Akan Tiba Pada Tahun 2021 – Menerima Sentuhan Hideaki Anno

Diterbitkan pada Ogos 5, 2019 oleh .

Hideaki Anno iaitu pengarah untuk Neon Genesis Evangelion bakal bekerjasama sekali lagi dengan Shinji Higuchi untuk mengeluarkan satu filem baharu Ultraman iaitu Shin Ultraman. Mereka sebelum ini mengeluarkan filem Shin Godzilla pada tahun 2016 atau dikenali sebagai Godzilla Resurgence untuk pasaran global.

Shin Godzilla merupakan satu filem yang menceritakan semula Godzilla, sesuatu yang mungkin cuba dilakukan untuk filem Shin Ultraman di mana ia akan mengambil inspirasi daripada siri Ultraman yang ditayangkan pada tahun 1966 dan 1967.

Buat masa ini ia dilaporkan akan tiba pada tahun 2021 di Jepun. Jika ada maklumat lanjut mengenai filem ini, terutama tarikh ia akan dikeluarkan bagi pasaran global kami sudah semestinya akan kongsi apabila ia diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN