Skip to main content

EA mengesahkan bahawa mereka akan membangunkan permainan papan luncur Skate 4, dan untuk tujuan tersebut, mereka telah membangunkan studio baru yang dinamakan Full Circle.

Permainan sebelum ini, Skate 3 dibangunkan oleh Black Box dan dilancarkan pada 2010, dan sejak itu, studio ini telah ditutup, dan oleh kerana itu EA telah membangunkan studio baru ini.

Tidak banyak butiran yang diketahui mengenai Skate 4 buat masa ini, tetapi Full Circle telahpun membuka laman web mereka, dan sedang mencari pembangun permainan untuk menyertai mereka untuk membangunkan Skate 4.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah permainan Skate 4 ini akan dilancarkan.

Leave a Reply