Beberapa hari lalu, kami ada melaporkan bahawa filem James Bond terbaru, No Time To Die telah ditunda sekali lagi kerana beberapa isu mengenai filem tersebut. Terkini, MGM telah mengesahkan tarikh tayangan terbaru, dimana ia akan ditayangkan di pawagam pada 8 Oktober 2021.

Seperti yang kami laporkan juga sebelum ini, MGM tiada sebarang minat untuk menawarkan filem James Bond terbaru ini, mahupun filem-filem James Bond yang lain pada mana-mana platform penstriman, dan peminat nampaknya hanya boleh menontonnya didalam pawagam.

Ia dilaporkan bahawa pihak Apple telah menawarkan sejumlah wang yang besar untuk hak penstriman filem ini, tetapi telah ditolak oleh pihak MGM.

No Time To Die juga adalah filem James Bond terakhir buat Daniel Craig, yang telahpun mengatakan ia tiba masanya untuk beliau beralih daripada francais filem ini.

Sohor Kini