Spy Kids adalah antara filem yang menghiburkan saya di zaman kanak-kanak. Ia amat seronok dengan gaya penceritaan yang lucu, CGI yang kartun, dan ia menyokong 3D merah-biru yang boleh ditonton terus di rumah. Filem ini diterbit oleh Robert Rodriguez, iaitu pengarah yang mengarahkan filem The Adventures of Sharkboy and Lavagirl 3-D.
Terkini, Robert Rodriguez dilaporkan akan mengarah filem olahan semula Spy Kids pula. Tiada butiran mengenai jalan cerita, senarai pelakon atau tarikh siaran. Tetapi ia mungkin akan menyertakan klu-klu dari filem asal seperti filem We Can Be Heroes, iterasi yang lebih moden dengan CGI kartun yang klasik.
The Adventures of Sharkboy and Lavagirl 3-D turut menerima sekuel yang memfokuskan kepada anak Sharkboy dan Lavagirl, We Can Be Heroes. We Can Be Heroes boleh dikatakan adalah filem yang berjaya, kerana ia menghiburkan hati kanak-kanak di waktu berkurung filem dalam rumah dan membolehkan ibu bapa kepada anak-anak yang pernah menonton filem ini ketika mereka masih usia sama dengan anak mereka. We Can Be Heroes turut menerima sekuel.