Oktober tahun lepas, akhirnya kita dapat lihat video acah untuk filem animasi Raya and the last Dragon. Ia adalah filem animasi yang ditulis oleh pengarah wanita kelahiran Malaysia – Adele Lim dan filem ini dihasilkan oleh studio yang menghasilkan filem animasi Moanan dan Frozen. Filem ini menjadikan Asia Tenggara sebagai tema dan memfokuskan kepada watak Raya yang ingin mencari naga terakhir yang diberi nama Sisu.

Video acah kedua memperlihatkan lebih banyak aksi dan pertempuran. Pertempuran pula berlaku dari rakyat yang sama, cuma puak yang berlainan. Puak musuh mempunyai agenda tersendiri dengan naga terakhir, manakala Raya ingin menyatukan semua puak dan penduduk. Paling lucu dan comel adalah aksi Raya berkejaran dengan bayi selepas bayi tadi memanipulasi beliau.

Kemudian, buat pertama kalinya Disney memperlihatkan naga terakhir dalam filem ini. Awkwafina (Crazy Rich Asian) adalah pelakon suara Sisu dan naga ini dilihat amat lucu serta dengan rekaan wajah yang mirip dengan Awkwafina. Raya pula adalah suara daripada Kelly Marie Tan (Star Wars) dan memperlihatkan watak yang penuh emosi dan semangat.

Visual filem animasi ini juga dilihat amat berbeza. Ia masih mempunyai elemen rekaan Disney, tetapi dalam video acah kedua ini ia mempunyai grafik yang lain daripada yang lain. Ia lebih cantik, mempunyai mood dan tona yang sangat berbeza dengan video acah pertama.

Filem ini akan ditayangkan pada 5 Mac 2021 dan turut akan ditawarkan di Disney+ Premiere Access (perlu beli/sewa).

Sohor Kini