Raya and the Last Dragon adalah filem animasi baharu dari Disney. Filem ini dihasilkan oleh studio yang sama dengan filem Moana dan Frozen. Apa yang menarik dengan filem ini adalah, ia ditulis oleh penulis Malaysia iaitu Adele Lim. Adele juga merupakan penulis bagi filem Crazy Rich Asian dan penerbit/penulis bagi siri TV Lethal Weapon.

Sebentar tadi Disney telah menerbitkan video acah pertama bagi filem animasi ini. Filem ini mengisarkan Raya & seekor naga air bernama Sisu. Ia akan menjadikan Asia Tenggara sebagai tema. Dari video acah, ia kelihatan seakan filem Indiana Jones. Ia ada aksi, pengembaraan, adegan dengan haiwan comel serta lucu.

Sinopsis penuh bagi filem ini adalah seperti berikut;

Di Kumandra, iaitu satu “negara” yang dicipta oleh naga. Ia mempunyai 5 kawasan yang mana setiap kawasan terdapat kelompok manusia berbeza. Semua manusia memuja naga, tetapi berlakunya tragedi di mana raksasa bernama Druun telah mengakibatkan naga-naga ini mengorbankan diri. Tetapi satu naga yang berkuasa dan paling bahaya dibiarkan bagi melindungi manusia ini daripada kegelapan dan kejahatan.

Selepas 500 tahun, Druun kembali dan memusnahkan lagi Kumandra. Ketua kampung Bajong mati dan meninggalkan dua orang anak Little Jong dan juga Raya. Semenjak kecil lagi, Raya ingin menjadi pahlawan dan tidak sabar untuk menerima pedang beliau. Raya ditemani dengan seekor haiwan peliharaan bernama Tuk Tuk.

Raya adalah seorang yang tidak gentar dan bersemangat. Suatu hari, disebabkan kematian bapa beliau – Raya dan Tuk Tuk mengembara mencari naga terakhir tersebut. Naga itu adalah naga air bernama Sisu. Tetapi disebabkan sudah sekian lama, Sisu berada dalam bentuk wanita tua. Sisu, Raya dan Tuk Tuk mencari batu ajaib bagi mengembalikan kuasa naga Sisu dan menentang Druun untuk keamanan Druun.

Filem ini membawakan pelakon suara seperti Kelly Marie Tran (Rose dalam Star Wars: The Last Jedi dan The Rise of Skywalker) sebagai Raya dan Awkwafina (Goh dalam Crazy Rich Asian dan Ming dalam Jumanji: The Next Level) sebagai Sisu. Ia akan ditayangkan pada 12 Mac 2021.

Sohor Kini