Informasi Permainan Video Terkini
Siri Sampingan Monsters Inc Diumumkan Untuk Disney+

Siri Sampingan Monsters Inc Diumumkan Untuk Disney+

Diterbitkan pada Ogos 24, 2019 oleh .

Di acara D23 yang sedang berlangsung, selain mengumumkan beberapa siri Marvel yang akan hadir untuk Disney+, Disney turut mengumumkan siri sampingan berdasarkan Monsters Inc akan turut hadir.

Siri tersebut akan memfokuskan komedi di tempat kerja dan akan membintangi Ben Feldman and Aisha Tyler. Buat masa ini tiada tarikh yang diumumkan.

Bagi yang meminati Monster Inc, sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut mengenainya.


TIPS & ULASAN