Tahun ini, siri TV Arrowverse akan kembali disiarkan. Episod pertama musim kedua Batwoman sudah pun disiarkan minggu lepas. Kini giliran siri TV lain seperti Black Lightning, The Flash, Legend’s of Tomorrow, Supergirl, Superman & Lois dan banyak lagi. Kesemua siri TV ini akan bersambung dari musim akhir masing-masing dengan kaitan mengenai rentas-siri dan lain-lain.

Black Lightning akan tiba dengan musim keempat. Di mana akan memfokuskan kepada Freeland yang kini dalam perintah berkurung oleh ASA. Walaupun Black Lightning dan pasukan telah menentang musuh, pihak Markovians masih aktif. Tidak lupa juga yang masalah dalam ASA yang sangat rumit. Isteri beliau yang kini ketagih dengan Green Light masih tidak bersetuju antara satu sama lain dan Jefferson turut masih sedih kerana sahabat beliau Detective Henderson mati.

Gambi membentangkan idea bernas, tetapi Black Lightning seakan tidak bersedia kerana masih sedih dan marah. Pelbagai aksi menarik dilihat muncul dalam video acah ini. Tetapi misi sebenar masih mengelirukan. Apa-apa pun, ia mungkin akan memuaskan hati ramai orang selepas siri TV ini disertakan dalam dunia Arrowverse. Populariti siri ini menyebabkan The CW bakal hadir dengan siri sampingan memfokuskan watak Painkiller.

Black Lightning musim keempat akan disiarkan pada 8 Februari ini di The CW. Selepas tamat siaran, ia mungkin akan disiarkan di Netflix. Sama-sa,a kita nantikan.l

Sohor Kini