Percy Jackson & the Olympians adalah siri novel fantasi yang ditulis oleh Rick Riordan. Ia mengisahkan Percy yang baru menyedari beliau adalah demigod, iaitu separuh manusia dan separuh dewa. Sudah dua filem diadaptasi daripada lima novel dihasilkan, iaitu Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief (2010) dan Percy Jackson: Sea of Monsters (2013).

Disebabkan filem kedua tidak mempunyai sambutan baik, sekuel ketiga tidak diteruskan. Rick Riordan, iaitu penulis novel ini mengesahkan yang beliau akan hadir dengan siri TV aksi-nyata berasaskan novel-novel ini. Tiada butiran lain yang dikongsi selain dari siri TV ini akan disiarkan di Disney+ dan akan mempunyai kualiti drama bersiri yang tinggi. Kita sudha lihat WandaVision dan The Mandalorian – CGI yang digunakan sangat cantik.

Terkini, Rick Riordan berkongsi butiran mengenai siri TV ini. Menurut beliau skrip draf pertama sudah selesai. Semua dalam pasukan gembira dan berpuas hati. Kini skrip sedang diubah sebelum dihantar kepada pihak eksekutif Disney. Siri TV Percy Jackson ini mungkin akan hadir dengan lima musim, di mana setiap musim adalah berasakan setiap novel seperti;

  • Musim 1 – The Lightning Thief
  • Musim 2 – The Sea of Monsters
  • Musim 3 – The Titan’s Curse
  • Musim 4 – The Battle of the Labyrinth
  • Musim 5 – The Last Olympian

Sohor Kini