Microsoft hari ini telah mengumumkan yang mereka menaikkan harga untuk Xbox Live Gold iaitu perkhidmatan seperti PS Plus untuk Xbox, ia diperlukan untuk pemain bermain secara dalam talian dan juga menawarkan permainan percuma setiap bulan.

Harga baharu yang diumumkan adalah 1-bulan untuk $10.99 iaitu peningkatan sebanyak $1, 3-bulan untuk $29.99, dan 6-bulan untuk $59.99 iaitu peningkatan sebanyak $5. Menurut Microsoft, ia adalah pertama kali harga diubah selepas 10 tahun.

Mereka juga mengatakan yang pelanggan sekarang tidak akan terkesan dengan harga tersebut, selagi mereka memperbaharui langganan, ia akan mengekalkan harga yang sama.

Namun, selepas menerima kritikan oleh pemain, mereka membatalkan perubahan harga tersebut dan ia akan kembali pada harga asal. Selain itu, mereka juga mengatakan yang permainan percuma untuk dimainkan seperti Fortnite tidak lagi memerlukan Xbox Live Gold untuk dimainkan secara dalam talian.

Boleh dikatakan pengakhiran minggu yang menarik untuk Microsoft.

Sohor Kini