Minggu lepas kami laporkan yang filem James Bond terkini akan ditunda sehingga bulan November. Filem ini adalah antara filem yang kerap ditunda dan juga merupakan antara studio terawal melakukan strategi ini. Pada awalnya, filem ini sepatutnya ditayangkan pada April 2021. Nampaknya bulan November kelak, mungkin bukan menjadi tarikh tayangan filem ini.

The Hollywood Reporter melaporkan yang MGM Studios bercadang untuk terus tunda filem ini tanpa sebarang tarikh tayangan. Ia mungkin akan ditayangkan pada Oktober, November atau juga Disember. Pihak MGM masih tiada kepastian lagi, bila filem ini akan ditayangkan.
Filem ini juga tidak akan distrim pada mana-mana platform penstriman. MGM dilaporkan meminta nilai bayaran yang terlampau tinggi. Apple sehingga menawarkan RM1.67 bilion pun pada mereka masih tidak mencukupi. Tetapi, mana tahu jika MGM sudah buntu dengan banyak hutang dan kehabisan strategi pemasaran – mereka akan mengalah dan siarkan secara digital.