Anthony Mackie kali terakhir dilihat beraksi dalam MCU adalah filem Avengers: Endgame. Beliau akan kembali beraksi bersama-sama dengan Sebastian Stan sebagai Bucky Barnes/Winter Solider dalam siri TV MCU fasa ke-4, The Falcon and the Winter Soldier siaran eksklusif Disney+ 19 Mac ini selepas WandaVision.
Baru-baru ini, filem Outside The Wire – di mana Anthony Mackie menjadi sebuah Android yang memainkan peranan sebagai Kapten Leo. Dalam temuramah mengenai filem ini bersama-sama dengan ET Canada, beliau ada mendedahkan serba sedikit mengenai perancangan Marvel untuk Fasa ke-4.
Menurut beliau, Marvel sudah pun berbincang mengenai keseluruhan perancangan fas ke-4 ini. Fasa keempat, akan memberikan pengalaman yang sangat berbeza. yak atak menarik akan diperkenalkan, iterasi Marvel Studios dengan setiap watak ini juga akan berada di luar jangkaan.
Kita tahu yang fasa keempat adalah sangat besar. Sehinggakan menurut Murphy’s Multiverse, menyatakan Kevin Feigi juga tidak bole komen bila fasa ini akan berakhir. Fasa keempat bukan sahaja pada filem seperti fasa satu sehingga ketiga. Tetapi dikembangkan dalam bentuk siri TV dan animasi di Disney+ serta lebih banyak filem. Chris Evans juga dilaporkan akan kembali sebagai Captain America untuk satu filem dan bebas untuk filem kedua.
WandaVision adalah siri TV pertama atau kandungan pertama MCU fasa keempat yang baru sahaja disiarkan kurang seminggu. Banyak lagi yang Marvel dan Disney janjikan. Sama-sama kita nikmati dan lihat perkembangan lanjut mengenai MCU fasa keempat ini.