Skip to main content

Deadline hari ini melaporkan yang Disney dan Marvel telah membuat tawaran untuk Chris Evans kembali sebagai Captain America di dalam filem MCU. Mengikut sumber, ia adalah untuk 1 filem dan terbuka untuk filem kedua. Namun, ia dijangkakan bukan filem Captain America sendiri tetapi filem MCU yang lain.

Selepas filem Avengers: End Game, Chris Evans telah mengatakan yang filem tersebut adalah kali terakhir beliau akan menjadi Captain America dan “perjuangan” beliau diteruskan melalui siri TV untuk Disney+ iaitu Falcon & Winter Soldier.

Perkembangan ini agak menarik kerana bagi anda yang mengetahui kejadian terakhir di dalam End Game, mesti mengetahui bagaimana agak sukar untuk beliau kembali ke dalam mana-mana filem MCU, melainkan mereka melibatkan multi-verse.

Buat masa ini, Chris Evans, Marvel mahupun Disney masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Leave a Reply