Mysterio Mungkin Kembali Dalam Spider-Man 3?

Spider-Man: Far From Home atau Spider-Man 2 dalam dunia MCU adalah antara filem MCU yang menarik. Ia menyampaikan watak Mysterio dengan gaya yang kena dengan dunia moden, perkembangan watak yang lebih baik serta memuaskan hati ramai peminat.

Di akhir filem, Mysterio dilihat mati ditewaskan oleh Spider-Man. Tetapi sebelum filem ini tamat, video berita yang dihoskan oleh J. Jonah Jameson tular menyatakan Spider-Man jahat, identiti terbongkar dan Mysterio adalah wira sebenar. Di set penggambaran filem Spider-Man 3, pengguna Instagram atlanta_filming merakam poster yang dilihat adalah rekaan kostum Mysterio dengan ayat “I Believe“. Selain itu poster dengan ayat “Citizens To Defend Spidey“.

Adakah ini bermakna sekali lagi Mysterio menggunakan ilusi yang beliau sudah ditewaskan oleh Spidr-Man? Atau ada dua pihak timbul, satu percaya Spider-Man/Peter Parker dan satu lagi yang percaya Mysterio.

Ada juga laporan menyatakan yang Charie Cox akan kembali memainkan watak Matt Murdock dan sudah pun selesai penggambaran. Kerana watak-watak Netflix x Marvel dilaporkan akan dikembalikan dalam MCU serta ada saksi nampak Charlie Cox berada di set penggambaran Spider-Man 3. Orang ramai katakan Charlie Cox akan kembali sebagai Matt Murdock dan bukannya Daredevil, mungkin beliau akan menjadi peguam kepada Spider-Man atau akan memberi nasihat.

Apa-apa pun, berita mengenai Spider-Man 3 ini agak hangat. Harapnya filem ini apabila ditayangkan tidak akan mengecewakan. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini